Friday, January 1, 2016

Info Post

SEBAGAI seorang lelaki, tampak kelihatan hebat, macho dan bergaya adalah satu tarikan utama serta penting kepada kaum wanita. Itulah yang cuba ditunjukkan oleh seorang lelaki di Taiwan.
Gara-gara mahu tunjuk hebat depan teman wanita, dia yang dikenali sebagai Ding kini berdepan masalah besar apabila kereta Lamborghini kuning yang disewanya NTD50,000/sehari (RM6,535.86) terlibat dalam nahas.
Kejadian yang berlaku berdekatan dengan Sanchong, New Taipei City itu telah menyebabkan lelaki berkenaan terpaksa membayar ganti rugi berjumlah NTD7,015,141.32 (RM917,000) secara keseluruhannya.
Dalam kejadian itu, Lomborghini yang dipandu Ding itu terbabas dan telah menyebabkan bahagian hadapan kereta tersebut hancur teruk. Namun pasangan ini dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menerusi kenyataan Ding kepada pihak polis tempatan, semasa kemalangan berlaku, bukan dia yang memandu kereta mewah itu tetapi konon ia dipandu oleh teman wanitanya.
Setelah siasatan rapi dijalankan oleh pihak polis, mereka mendapati Ding yang sebenarnya memandu kereta tersebut sehingga membawa kepada kemalangan berkenaan.
Click help for Watch Video -> \|/

0 comments:

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.